Jenama PASAR.DIRECT adalah dimiliki oleh KH Teguh Enterprise. Ia adalah sebuah syarikat 100% milik Bumiputra yang telah didaftarkan pada tahun 2004.

PASAR.DIRECT adalah pembekal dan pengedar PREMIUM makanan segar (fresh food) dan sejuk beku (frozen food) untuk semua rakyat Malaysia menggunakan konsep kebersihan dan halalan toyiban.

Pada Masa ini kami beroperasi di Pasar Awam Semenyih untuk permintaan pelanggan tetap kami di sekitar Cheras, Ampang, Kajang, Putrajaya, Puchong, dan Seri Kembangan. Kami akan memperluaskan ke kawasan seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dalam tempoh terdekat.

Misi kami adalah untuk  memberi  kemudahan perhantaran produk runcit dan produk basah seperti Ayam Segar sehingga ke sayuran kepada mereka yang sentiasa sibuk bekerja atau melakukan  tugas di rumah tanpa  sempat pergi ke pasaraya ataupun pasar.

Harga yang kami tawarkan adalah amat berpatutan pada masa ekonomi yang agak merudum dan kos bahan mentah yang semakin meningkat sekarang,

Dari semasa ke semasa kami akan menambah baik perkhidmatan kami untuk kemudahan pelanggan kami secara keseluruhannya.